Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis
Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan
ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah
nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan
mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan
ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta
parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan
yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan
ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti
udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang
disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh
memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur
mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi,
ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik
turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-Ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam
tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau
ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini
mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C
dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam
berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang,
antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam
raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina,
daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis Sayuran Dan
Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan
sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun,
sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih),
kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering
serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta
tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas,
jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina,
nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang,
ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan
tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta
lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di
barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis Ayam Dan
Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayamselasih yang dijaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment