Pages

Thursday, 29 October 2015

Memilih Taska untuk Anak Anda (Hanya 8 Langkah)


Menghantar anak ke Taska juga perlukan ketelitian, memilih taska untuk anak juga perlu dan beberapa langkah juga disertakan untuk panduan. Seperti yang semua sedia maklum, zaman moden kini, semua orang sibuk mencari dan mengejar duniawi. Benarlah, itu tidak salah, tapi berpada-padalah. Oleh kerana ibu bapa bersikap demikian, maka anak-anak pun terabai, namun ibu bapa mempunyai pilihan untuk mengupah pengasuh bagi anak-anak mereka yang masih kecil. Sesetengah yang berkemampuan menggaji pengasuh yang tetap dan peribadi untuk anak mereka di rumah. Namun, pada mereka yang kurang tetapi memerlukan khidmat asuhan, maka bolehlah dihantar ke taska. Di sini juga menjadi tempat yang membolehkan kanak-kanak bersosial dan belajar.


Mamakhalisshoppe's photo.


Maka, yang berikut merupakan 8 langkah mudah tetapi amat penting bagi menentukan kesejahteraan anak-anak anda kelak.

1. Pilihlah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

2. Pastikan sijil Perakuan Pendaftaran Asal dipamerkan di tadika tersebut.

3. Pastikan juga pengasuh yang ditugaskan di taska tersebut adalah warganegara Malaysia – bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik di kemudian hari.

4. Ibu bapa juga perlu memastikan para pengasuh yang dilantik sudah mengikuti Kursus Asas Asuhan kanak-kanak

5. Nisbah pengasuh terhadap kanak-kanak

– 1:3 (seorang pengasuh untuk 3 kanak-kanak usia 0-1 tahun)


– 1:5 (seorang pengasuh untuk 5 kanak-kanak usia 1-3 tahun)

– 1:10 (seorang pengasuh untuk 10 kanak-kanak usia 3-4 tahun)

6. Aktiviti taska – pastikan aktiviti yang dijalankan di taska merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh

7. Buaian tidak digunakan bagi menidurkan bayi – ini untuk mengelakkan berlaku kemalangan seperti terjatuh dari buaian atau lemas di dalam buaian akibat tertindih bantal semasa tidak diawasi oleh pengasuh.

8. Persekitaran taska bersih, selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa boleh menggunkan khidmat taska untuk anak-anak namun tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab 100% kepada pengasuh terbabit. Anda sebagai ibu bapa harus sentiasa menjadi pembimbing bagi anak-anak.

BAGI YANG BERMINAT DAN MASIH MENCARI TASKA YANG BEST2 untuk little kiddo uolls tu..TRY HUBUNGI OWNER 013-4337339 (PN ZAINAB)..

*berpengalaman dalam pengendalian taska sejak dari tahun 2000..
*SMS <NAMA, UMUR ANAK,TASKA20> KE 013-4337339(bg mendapatkan yuran pada kadar ISTIMEWA TERHAD UTK 20 ORG TERAWAL)
*PENDAFTARAN BAGI SESI 2016 SUDAH DI BUKA..

‪#‎SIMPANGAMPAT‬
‪#‎PENANG‬
‪#‎TASKA‬
‪#‎ISLAMIC

Wallahualam.



Sumber : Memilih Taska untuk Anak Anda (Hanya 8 Langkah) - Xpresi

No comments:

Post a Comment

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat