Pages

Monday 19 March 2012

HADIAH BESDAY UTK SUAMI!!!

Sempena bulan March ni aku nak kongsikan sikit pasal hadiah birthday untuk orang lelaki ni memandangkan bulan depan adalah bulan kelahiran seorang yang istimewa bagi aku. Nak tahu sape? Sape lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung. hehe. Biasalah orang pompuan ni selalu ada masalah nak bagi hadiah birthday untuk lelaki tak kira la untuk boyfriend, suami, ayah atau sesiapa lah kan yang penting dia lelaki. Selalukan mesti kita confius nak bagi apa. Takut lelaki tak suka. Maklumlah lelaki kan agak cerewet. Diorang sanggup berhabis duit untuk beli barang yang mahal tapi berkualiti berbanding harga murah tapi takda kualiti. Itu lah lelaki yang aku tahu. 


Betul tak ABANG??hehe 

Disini aku senaraikan benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki antaranya :


1. Minyak wangi
Lelaki ada dua jenis satu jenis pemakai minyak wangi, satu lagi sebaliknya. So kenal pasti si dia jenis yang bagaimana. Takut kalau dia memang tak suka pakai perfume mungkin sebab alergic. Macam buah hati aku tu dia memang tak suka dengan perfume. Katanya lelaki sejati tak pakai perfume-perfume bagai ni. Bau lelaki sejati lagi best kot! huhu. Tapi memang pun. Aku rasa la kan, korang tak tahu la kan. hehe.




2. Wallet
Hadiah nie paling famous kot. Wallet dan lelaki mana boleh dipisahkan kan? Tapi kalau nak beli janganlah beli wallet cap ayam. Memang confirm si dia tak akan pakai. Kalau boleh kan kita tengok wallet sidia yang sedia ada. Then kalau nak bagi hadiah beli wallet pattern lain dari yang dia pakai. Baru si dia lebih teruja. Dulu aku dah pernah bagi wallet dekat buah hati sebab wallet dia dulu dah lusuh. Sekarang ni aku tengok masih ok lagi so tak perlu la kot nak beli wallet untuk dia lagi kan.




3. Belt @ tali pinggang
Yang nie pon kebiasaan lelaki mempunyai banyak koleksi belt / tali pinggang. So boleh jer kalau kita nak bagi tali pinggang untuk si dia. Bila si dia pakai terus teringat kat kita ? Eh, ye ke ? hehe. 2 tahun lepas dah pernah bagi belt untuk buah hati ternyata dia memang suka sangat dengan belt tu sebab selalu tengok dia pakai belt aku bagi tu.




4. Baju
Ramai orang kata bila bercinta, bertunang ker tak elok bagi baju kepada pasangan kerana nanti hubungan pasangan tu tak kekal lama. Yang ni memang aku bangkang! Ingat jodoh adalah kuasa Tuhan. Kalau pon kau kata sebab baju itu adalah kebetulan semata-mata. Almost 4 years dah kenal dengan buah hati ni rasanya dah banyak sangat aku bagi baju kat dia tapi my relationship Alhamdulillah masih lagi kekal sampai sekarang. :) So gurls jangan percaya dengan kepercayaan karut ok!




5. Jam
Kalau nak bagi hadiah jam memang perlukan kos lebih sikit lah. Sebab semua orang tahu harga jam of course beratus-ratus kan. Takkan nak beli yang cap ayam kot ? So kalau tak ada duit beratus-ratus tu lupakan jer lah hasrat untuk memberi jam. Sebab? Tahu kan lelaki pentingkan kualiti? Kenalpasti si dia suka style jam yang bagaimana then barulah memilih. Setakat ni memang tak pernah bagi jam lagi dekat buah hati sebab dia memang tak suka pakai jam. So tak payah la aku nak susah-susah bagi dia jam kan. Bos dia bagi jam pon dia simpan je, bila time meeting atau day dengan bos dia barulah nak pakai jam tu. Boleh pulak macam tu. ishx3




6. Pen
Hadiah pen paling exclusive bagi aku. Walaupon simple tapi sangat bermakna dan penting kepada lelaki yang berkerjaya. Tak percaya tanya lelaki. Eh, betol ke? hehe. Tapi memang tak penah terfikir nak bagi pon dekat buah hati sebab dia bukan suka pegang-pegang pen ni even pon dia lelaki yang bekerjaya. Nak signature pon malas, secocet je dia sign. haha. Kutuk buah hati sekali sekala apa ada hal, ye tak ? :P




7. Gadget
Wah!!! hadiah yang nie paling ditunggu oleh lelaki. Kalau dia pakai handphone 3310, korang upgrade lah handpone yang si dia pakai. Kalau kau tahu si dia aim ipad dan kau mampu, so tak salah kalau kau memenuhi impian si dia. Pasti si dia suka :) Ataupon gadget lain seperti mp4, ps3 atau laptop misalnya? Tapi for me memang tak mampu la kan nak beli gadget mahal-mahal tu untuk buah hati. Tapi kalau aku mampu sekalipon aku tak beli jugak gadget mahal-mahal untuk dia sebab dia bukannya suka pon. Handset dia yang mahal-mahal sume dia campak masuk dalam air. Last-last handset cokia jugak dia pakainya. Bagi dia asal boleh call orang sudah. huhu.




8. Aksesori
Kalau bab aksesori nie luas. Banyak benda korang boleh bagi contoh kalau si dia sukakan fotografi, kau boleh belikan lens ataupon yang berkaitan dengan kamera. Kalau si dia sukakan komik boleh belikan si dia kartun ataupon gundam. Ataupon kalau si dia kaki bola boleh belikan kasut bola sebagai hadiah. sweet kan? Buah hati aku tu memang kaki bola tapi tak de maknanya nak bagi dia hadiah kasut bola sebab kasut bola dia dah melambak. Membazir je aku beli karang tak pakai jugak.




9. Majlis hari jadi
Perasan tak lelaki jenis tak kisah kalau tak celebrate hari jadi mereka? So apa kata bila tiba hari jadi mereka kita buat suprise party untuk mereka. Pasti mereka teruja dan terharu. Hmm maybe bila dah kahwin nanti la baru uolls buat suprise party untuk si buah hati uolls. hehe.




10. DIY birthday card
Haaa DIY birthday card memerlukan kreativiti kita. So u olss boleh jer google untuk cari idea membuat birthday card untuk mereka. Pasti mereka rasa lebih dihargai kerana kita sanggup membuat sendiri dari membeli. :P




11. Kasih sayang
Yang nie lebih besar dari 10 kat atas. Kasih sayang yang mereka perlukan dari kita melebihi dari kebendaan. Pada mereka memadai sekiranya kita sayang mereka dan itu merupakan hadiah paling besar untuk mereka. Ye yang ni aku setuju. Kadang tu aku pernah jugak tak bagi apa-apa masa birthday dia, just ucapan je yang mampu aku berikan. Si dia memang tak kisah pon sebenarnya tapi kita orang pompuan je yang over-over sikit kan. huhu.




Susah sebenarnya nak cari hadiah untuk lelaki. Tapi untuk perempuan paling senang nak cari. Dan ini pon diakui sendiri oleh kaum lelaki kan? So kesimpulannya kenalpasti lah keinginan dan kehendak pasangan atau lelaki itu untuk memudahkan kita mencari hadiah yang sesuai untuk mereka.


P/S : Tinggal 23 hari je lagi birthday si dia ni.
Agak2,hadiah apa aku nk bagi yea....ce TEKA..


TADAA!!!dh berbulan baru nak update pe presentnya???mcm ni la ghupanya..(nanti kita tukar2 yea bang)lurve you!!!





kidnap entry dari MISS AJUERA STORY


Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat