Pages

Tuesday 20 November 2012

10P KELEMAHAN/ MASALAH ORANG YANG SELALU GAGAL DI DALAM MENCAPAI IMPIAN MEREKA

Hye, MIERA nak tanya la..apa punca uolls gagal..di sini, MIERA nak share, apa yg MIERA pikir dulu masa belum terasa nak join biz NUBEAUTY ni..kalo sama, uolls pon blh berubah, n jadi mcm miera...

1. Pemberi Alasan
Dulu MIERA selalu bagi alasan tak de masa, sedangkan Allah beri semua manusia 24 jam yang sama . Tapi MIERA faham, sebagai orang yang bekerja, masa sangat terbatas. Lucky MIERA in the right group, contoh RIGHT TRACK MCM memang maximisekan power of online business, so masa sangat flexible. Hp kan canggih, FB is accessible even dalam LRT or toilet sambil baring pun boleh balas SMS Customer.

2. Pemalas
Yang ni hanya kita yang mampu ubah .. Orang lain push la kita macam mana pun, tapi kalau kita tak nak berubah, kita akan stay forever macam ni ..

3. Penangguh
Yang ni memang paling TOP kot .. coz selalunya kita suka buat something last minute .. but actually if kita nak buat something, do it asap then u will result faster ..

4. Perlahan
Tak pe .. saya nak buat slow-slow .. Opss, tapi sebenarnya kalau kita slow sangat nanti orang lain overtake kita .. macam di highway (abaikan AES)..hihihi

5. Penunggu
Takut kan jadi penunggu, adik beradik hantu ni ;) Selalunya kita suka tunggu & lihat .. Sikap ni hampir kepada bertangguh .. Sebenarnya, sikap ni tak bawa apa-apa manfaat pun Kalau hanya tunggu, orang yang bertindak awal dah berubah, kita masih sama .. Kan sayang masa menunggu tu .. Nak tengok kawan buat dulu jadi baru aku pun nak buat.. Rugi kalau anda fikir mcm ni.

PENCARIAN LEADER HEBAT!!!


6. Pengikut bukan Pemimpin
Jangan hanya jadi pengikut coz kita tak kan ke mana .. But learn how to lead .. Alhamdulillah, MIERA dari zero, belajar dengan leader-leader MIERA, how to lead our own business ...

7. Penyibuk Bukan Halnya
Orang macam ni memang kepochi .. Tak de faedahnya .. Orang lain merasa, dia terasa .. Baiklah sibuk dengan hal sendiri yang ada hasilnya ..

8. Penuduh
Selalunya kita suka menuding jari pada orang lain, tp lupa ade lagi 4 jari yang menunding kat diri sendiri ..

9. Pengkritik bukan Pelaku
Kalah Simon Cowell kalau bab mengkritik .. Tapi diri sendiri pun tak pernah buat .. Camne tuh kritik orang lain ;)

10. Pertengahan Jalan, tidak buat sehingga habis!
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan .. Kadang yang buat kita sekerat jalan is because "SEMANGAT" .. tips paling mudah untuk kekalkan semangat, just be surrounded with positive people that have same goals .. Kalau surrounded with negative people, memang cepat kita putus asa ..

Jom kira review diri kita & start perbaiki untuk capai kejayaan :)

Who we are today is not important, but what we gonna be in the future is the most important :)
The change is start with YOU!!call me NOW 017-3352584...i give my best to make ur life n my life turn 360 darjah..

Monday 22 October 2012

Resepi Ayam Bakar/Panggang lada hitam

Hye uolls,

Cubalah..anda akan lagi cepat kurus camni..heheh..semua ada..protein, vitamin..mineral



BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih ( saya letak 1 labu bawang putih )
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak/ sayuran/ zaitun
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar daun rosemary kering ( jika suka )

Cara penyediaan :

1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, daun rosemary hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .

** sedap dimakan bersama sos pencicah, sos nasi ayam atau sos halia.

ENTRY DI COPY DARI : POTRET KASIH

Sunday 21 October 2012

Resepi Ayam Masak Kerutuk



Memang nampak sedap ayam kerutuk ni… sesuai dengan selera miera... kalo dapat makan dengan nasi time panas2kan sedap giler...oppss..jaga2 diet uolls..hihih

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam ( potong2 dan dibersihkan)
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik ( tak letak )
Bahan tumis
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara Penyediaan :

1. Potong Ayam. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan ayam dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
9. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
10. Siap untuk dihidang.

ENTRY SUMBER DARI POTRET KASIH.

Resepi Udang galah goreng bercili

Godek2 jumpa blog ni..makanan dia punya la nampak menyelerakan...less carbs...
Wah banyak yang boleh kita makan sebenarnya...kenapa memilih untuk tidak makan?????? Rugi2...

So SMART DIET dengan Alpha Lipid SD2...(rasanya sedap..)..(Tak sampai seminggu dah turun 2kg??)
(5 hari diet turun 3kg??)Tak mustahil dengan produk terbaru dari New Image ni..


BAHAN-BAHANNYA :
  • 500 g Udang Galah ( di bersihkan )
  • 1 labu bawang besar ( dipotong dan di tumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 1/2 inci halia ( ditumbuk )
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng dan menumis
  • daun ketumbar
  • buah tomato ( dipotong 6 )
  • serbuk perasa secukupnya ( optional )

Cara Penyediaan :

1. Udang galah di goreng seketika dalam minyak yang telah di panaskan.
2. Setelah kulitnya bertukar warna dan masak, angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk serta cili kisar bersama 2 sudu minyak hingga wangi dan kering airnya.
4. Masukkan serai dan cili sos, garam, gula, perasa dan sedikit air.
5. Bila telah mendidih masukkan Udang galah yang telah digoreng, tomato dan daun ketumbar.
6. Sedia untuk di hidangkan.



ENTRY DI AMBIL DARI : POTRET KASIH

Thursday 4 October 2012

Dr Rozmey digantung Majlis Perubatan tidak mahu rayu





Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang juga pengeluar formula menurunkan berat badan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.- Foto Bernama

JITRA - Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.

"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.

Semalam, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Jan lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.

Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.

Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.

Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).- Bernama

Monday 27 August 2012

resipi salmon steak (low carbo)

RESIPI SALMON STEAK
(memang amat sesuai utk program diet ALSD2, didapati 0.0gram TIADA karbohidrat dalam hidangan ini)



Bahan2nya :

Ikan Salmon/Dory
Serbuk Lada Hitam
Garam
Paprika
black pepper
mix herb
Asparagus (jika suka)
- perap semua ni selama 10 minit atau 1/2 jam

Bahan Sos Lemon :
2 ulas bawang putih..cincang halus
2 sudu teh minyak zaiton
1/2 cawan susu low fat (atau ikut suka susu apapun)
herba thyme/mix herb
Garam
1/2 biji air perahan Lemon

- Panas minyak zaiton sikit je,, grill ikan salmon dan Asparagus hingga masak.
- Untuk Sos panas minyak zaiton tumis bwg putih hingga wangi, masukkan susu dan herba thyme,,kacau hingga mdidih, masukkan garam dan air perahan lemon
- Curah sos atas ikan dan makan dgn side dish ikut kesukaan masing2

Monday 20 August 2012

Resepi Sayur Menu Diet | Slim Diet 2

RESIPI SCRAMBLED EGG+ BROCCOLI + INOKI TAKE
(1 HIDANGAN MENGANDUNGI 3 GRAM KARBOHIDRAT SHJ) SELAMAT MENCUBA!!



BAHAN-BAHAN :

1 biji telur
2 biji telur putih
Broccoli secukupnya -potong kecil-kecil
Cendawan inoki secukupnya
Sedikit daun bawang-diracik halus-halus
1 biji bawang putih-dimayang hancur
1 sudu kecil xtra virgin olive oil
Sedikit black pepper
Secubit sikit garam kalau x letak pun ok je

Saya suka guna banyak brokoli dan cendawan baru la sedap

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak masukan bawang putih goreng kejap . Masukkan semua telur serta kacau dan terus masukkan semua sayur dan daun bawang .

Masukkan garam dan kacau lagi bila nampak brocolli dah layu sikit bolehlah tutup api..

Monday 13 August 2012

RESIPI KETAM GORENG BERCILI..

Hye uolls,

Hari ni miera nak share dengan uolls semua RESIPI KETAM GORENG BERCILI. (SESIAPA YG DG BERDIET DGN ALSD2 BOLEH MKN YER..I HIDANGAN HANYA ADA 0.5GRAM KARBOHIDRAT SHJ)



4 ekor ketam dibersihkan dan dibelah dua (hancurkan sedikit kulitnya supaya mudah nak makan :D) lagi sng suruh abg kedai kopekkan..

BAHAN-BAHANNYA :
3 biji telur (nak letak boleh, x nak letak pon takpe)
1 biji bawang besar - dihiris nipis bulat
2 biji cili merah -dihiris nipis
3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah dan 1cm halia muda dikisar hancur
3 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Directions
1) Bahan2 yg dikisar dan pes cili ditumis hingga pecah minyak

2) Kemudian curahkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kacau hingga pekat

3) Masukkan telur dan biarkan sehingga separa masak, kemudian baru kacau supaya telur tersebut berketul2 dan tidak terlalu hancur..

4) Masukkan air, dan sedikit garam (kalau tak suka masin, tak letak garam pun boleh sebab sos2 tue da agak masin)

5) Kacau rata dan kemudian masukkan pula ketam. Gaul rata ketam tersebut bersama semua bahan

6) Apabila dah sebati, akhir sekali barulah masukkan bawang besar, dan hirisan cili.

7) Goreng lagik sehingga bawang tersebut sedikit layu..

7) Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!!

miera : 013-3242088 / 0173352584

Thursday 9 August 2012

Samsung Galaxy Note vs White Samsung S3

Aku sebenarnya teruja bila Mr. Hubby aku nak tukar hp(blh bg Note aku kat dia kalo kata kami beli S3). Ye la..hp dia sekarang ni dah ade 1001 'penyakit'. Dah la bateri dia tak last long..baru pakai 4,5 jam dah kong. Kerjayanya of course la kena always reachable..kang client masuk sepital susah pulak nak contact dia!(dia kan wat Prudential Insurans)

Makanya, aku yang memang teringin nak Galaxy S3...ingat nak sambar je la sebiji. Tapi, masalahnya sekarang ni S3 pulak baru launch. Of course la dari segi teknologi S3 berjaya menambat hati aku..tapi dari segi design, aku kuciwaaa..
samsung s3 yang tak menarik designnye..



 


Dua2 ade kelebihan yang aku nak. Cam galaxy note, screen dia 5.8" which is better for me as aku nak kena check email bagai. Aku ni tak puas ati kalau check email or surf internet kat screen hp yang kecik kemetot ni..

Cumanya S3 aku belum penah pegang lagi..kalau Galaxy Note dah siap kena belai 24jam..Mungkin aku kena pegi test dua2 lepas tu baru buat decision kot..Korang ade any cadangan tak yang mana satu best?Stay dgn White Galaxy Note or Transform ke White S3?

Sunday 8 July 2012

"Contest Word Search Puzzle"



syarat-syarat untuk join contest ini ialah :
jom kawan2 join contest ni incik suami, nasiha, Miss uCu.

Tuesday 19 June 2012

UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda ~ Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh. Pernahkah Anda mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang Anda terlihat kelibat atau lintasan bayangan orang di tengah malam, suara pelik memanggil ketika berseorangan, bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya? Hal ini berkemungkinan berlaku kerana Anda tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Memang tidak dinafikan, bilangan Jin itu sendiri sudah melebihi bilangan manusia, cuma Allah membataskan daya penglihatan manusia daripada melihatnya. Namun tidak hairanlah jika ada jin tinggal dalam rumah, tetapi bagaimana pula keadaannya jika jin tinggal di dalam badan manusia? Mungkin akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Admin sarankan jangan lakukan berseorangan, mana la tahu kan tiba-tiba berlaku kompilasi jin meronta-ronta di dalam badan dalam keadaan Anda sendiri tidak sedar.

Langkah 1

Mainkan audio Ayat-ayat RUQYAH SYARIAH (Ayat-ayat penyembuhan yang Syari) di bawah ini dan dengar sehingga tamat (panjangnya 20 minit) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


ATAU



Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Kepada Anda yang sudah menjalankan ujian ini atas diri Anda sendiri, mohon kongsi pengalaman dan apa yang dapat anda rasakan sepanjang menjalani ujian tersebut.

EHSAN INFO DARI BLOG : http://www.islamictazkirah.com/tips-dan-kaedah/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda

TIPS cara di hindar dari di gigit jin http://www.youtube.com/watch?v=tfREkevuqV0&feature=related

Saturday 9 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam sabtu yang hening ni....sj jenjalan tgk blog ENCIK SUAMI..terjumpa la satu segmen yang amat menarik perhatian miera la kan..memandangkan follower blog miera skrg 20 je..so,elok bebenar la miera join segmen macam nih..Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500..  Yang mana Miss z muncul lagi dengan segmen yang baru :)..Kali ini miss z nak cari blogger yang mempunyai follower bawah 500 orang [semasa korang nampak segmen ini]. Lebih tak di terima walaupun 500. Yang tak dapat join, miss z dh inform awal-awal, korang blogwalkinglah kat blog peserta yang join ^^







Syarat-syarat :- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik]
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini
- Buat entri bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower anda
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :)
- hantar link entri anda ke ruangan komen
Link entri BUKAN link BLOG
hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi

 

Monday 4 June 2012

KENAPA MIERA MEMILIH GALAXY NOTE???

Pernahkah anda mengeluh membawa laptop yang berat dan membebankan? Ditambah lagi bila anda perlu memeriksa email yang penting di tempat awam.! Tentu menyusahkan dan memenatkan bukan!
 
Produk terbaru  dari Samsung yang di akui memang terbaik membuatkan semua orang teruja untuk memilikinya. Miera pun merasa  teruja untuk memiliki dan  mencuba Samsung Galaxy Note ni. 
Kalau korang nak tau apakah kelebihan memiliki Samsung Galaxy Note ini korang kenalah baca info ini sehingga habis yer.

Kalau korang sukakan musik, suka mengambil gambar, suka buat panggilan dan suka mencatatkan setiap apa yang berlaku macam blogger korang mesti beli Samsung Galaxy Note ini tau.
Inilah semua kriteria yang ada di gadget ini. Bestkan.




Antara ciri-ciri yang terbaik yang terdapat pada Samsung Galaxy Note yang sekarang menjadi impian akak  ialah  :
  • Kelajuan tinggi dengan 1.4GHz Dual-Core Processor disertakan dengan  Android 2.3 Gingerbread
  • Paparan yang  menakjubkan dengan 5.3" HD Super Amoled.
  • Boleh mencatat maklumat dengan lebih mudah dengan adanya S Pen Stylus.
  • Kamera beresolusi 8.0MP(Belakang) dan 2MP (Hadapan)
  • Storan dalaman bersaiz 16GB dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB MicroSD
            + S PEN (Advanced Smart Pen) MENAMBAH SERI SAMSUNG GALAXY NOTE

Dengan Samsung Galaxy Note ni juga boleh menjadi sebagai buku nota anda untuk menulis nota, menyusun jadual  dan aktiviti dengan applikasi perancang dan and juga boleh bermain games yang tidak terkira banyaknya. 

                                                               
CUKUP NIPIS 9.65MM
Ia juga mempunyai spesifikasi sebagai telefon pintar dan juga tablet yang berprestasi tinggi. Kebanyakan spesifikasi yang terdapat di tablet juga terdapat di smartphone ini, jadi tidak perlu membawa terlalu banyak gadjet kerana smartphone ni merangkumi semua yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
 
Hermmm korang dah tau kan kat mana nak dapatkan Samsung Galaxy Note ini. Jadi jomlah kita  pegi ramai-ramai untuk mencuba dan merasai pengalaman menggunakan Samsung Galaxy Note yang canggih ini sendiri. 
Bila korang dah tertarik korang boleh memilikinya dan tentu korang merasa bangga bila dah ada Samsung Galaxy Note ini kan.

Monday 21 May 2012

PERTUKARAN GUNASAMA (PERSEKUTUAN)




PEMBANTU TADBIR (P/O)GRED N17
- TEMPAT ANDA BERTUGAS SEKARANG : PUTRAJAYA
- TEMPAT INGIN BERTUKAR : KULIM,SEBERANG JAYA ATAU PENANG.
- NAMA PENUH : AMIERAH AYOB
- NO. TELEFON : 013-3242088
- E-MAIL : miera_momos87@yahoo.com.my




Untuk meletakkan iklan TUKAR SUKA SAMA SUKA anda, masukkan iklan anda di bahagian komen.
* Sila ikut format seperti berikut:
- NAMA JAWATAN & GRED
- TEMPAT ANDA BERTUGAS SEKARANG
- TEMPAT INGIN BERTUKAR
- NAMA PENUH
- NO. TELEFON
-  E-MAIL

Tuesday 1 May 2012

HEPI BESDAY MAMAKHALIS




" Happy Birtday to youuu..happy birthday to youuu..happy birthday to miera..happy birthday to youuuuu !!!! "


Alhamdulillah, Allah panjangkan umurku untuk terus hidup disamping memperbanyakkan amal ibadat kepadaNya...Syukur !! Aku sungguh bersyukur Ya Allah atas rezeki yang telah Kau berikan padaku, suamiku dan keluargaku...Bukalah pintu rezekiMu seluas-luasnya untukku aminnnnnn.


Hari lahirku setiap tahun pasti mencatat memori terindah buatku. Wowww akhirnya melangkah 1 angka lagi nampaknya, tapi apa ada dengan angka betul tak?? HEHEHEHE.


Doaku moga aku ,.........AMIN...(X kan nak gtau semua org apa yg aku doa dan hajati)hehehe..


Ehhhh ada hadiah la ^_______^ walaupun dah besar panjang hehehe..tq incik asben...mcm sama je ngan pic kat bawah ni..(^_^)...


Monday 19 March 2012

HADIAH BESDAY UTK SUAMI!!!

Sempena bulan March ni aku nak kongsikan sikit pasal hadiah birthday untuk orang lelaki ni memandangkan bulan depan adalah bulan kelahiran seorang yang istimewa bagi aku. Nak tahu sape? Sape lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung. hehe. Biasalah orang pompuan ni selalu ada masalah nak bagi hadiah birthday untuk lelaki tak kira la untuk boyfriend, suami, ayah atau sesiapa lah kan yang penting dia lelaki. Selalukan mesti kita confius nak bagi apa. Takut lelaki tak suka. Maklumlah lelaki kan agak cerewet. Diorang sanggup berhabis duit untuk beli barang yang mahal tapi berkualiti berbanding harga murah tapi takda kualiti. Itu lah lelaki yang aku tahu. 


Betul tak ABANG??hehe 

Disini aku senaraikan benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki antaranya :


1. Minyak wangi
Lelaki ada dua jenis satu jenis pemakai minyak wangi, satu lagi sebaliknya. So kenal pasti si dia jenis yang bagaimana. Takut kalau dia memang tak suka pakai perfume mungkin sebab alergic. Macam buah hati aku tu dia memang tak suka dengan perfume. Katanya lelaki sejati tak pakai perfume-perfume bagai ni. Bau lelaki sejati lagi best kot! huhu. Tapi memang pun. Aku rasa la kan, korang tak tahu la kan. hehe.




2. Wallet
Hadiah nie paling famous kot. Wallet dan lelaki mana boleh dipisahkan kan? Tapi kalau nak beli janganlah beli wallet cap ayam. Memang confirm si dia tak akan pakai. Kalau boleh kan kita tengok wallet sidia yang sedia ada. Then kalau nak bagi hadiah beli wallet pattern lain dari yang dia pakai. Baru si dia lebih teruja. Dulu aku dah pernah bagi wallet dekat buah hati sebab wallet dia dulu dah lusuh. Sekarang ni aku tengok masih ok lagi so tak perlu la kot nak beli wallet untuk dia lagi kan.




3. Belt @ tali pinggang
Yang nie pon kebiasaan lelaki mempunyai banyak koleksi belt / tali pinggang. So boleh jer kalau kita nak bagi tali pinggang untuk si dia. Bila si dia pakai terus teringat kat kita ? Eh, ye ke ? hehe. 2 tahun lepas dah pernah bagi belt untuk buah hati ternyata dia memang suka sangat dengan belt tu sebab selalu tengok dia pakai belt aku bagi tu.




4. Baju
Ramai orang kata bila bercinta, bertunang ker tak elok bagi baju kepada pasangan kerana nanti hubungan pasangan tu tak kekal lama. Yang ni memang aku bangkang! Ingat jodoh adalah kuasa Tuhan. Kalau pon kau kata sebab baju itu adalah kebetulan semata-mata. Almost 4 years dah kenal dengan buah hati ni rasanya dah banyak sangat aku bagi baju kat dia tapi my relationship Alhamdulillah masih lagi kekal sampai sekarang. :) So gurls jangan percaya dengan kepercayaan karut ok!




5. Jam
Kalau nak bagi hadiah jam memang perlukan kos lebih sikit lah. Sebab semua orang tahu harga jam of course beratus-ratus kan. Takkan nak beli yang cap ayam kot ? So kalau tak ada duit beratus-ratus tu lupakan jer lah hasrat untuk memberi jam. Sebab? Tahu kan lelaki pentingkan kualiti? Kenalpasti si dia suka style jam yang bagaimana then barulah memilih. Setakat ni memang tak pernah bagi jam lagi dekat buah hati sebab dia memang tak suka pakai jam. So tak payah la aku nak susah-susah bagi dia jam kan. Bos dia bagi jam pon dia simpan je, bila time meeting atau day dengan bos dia barulah nak pakai jam tu. Boleh pulak macam tu. ishx3




6. Pen
Hadiah pen paling exclusive bagi aku. Walaupon simple tapi sangat bermakna dan penting kepada lelaki yang berkerjaya. Tak percaya tanya lelaki. Eh, betol ke? hehe. Tapi memang tak penah terfikir nak bagi pon dekat buah hati sebab dia bukan suka pegang-pegang pen ni even pon dia lelaki yang bekerjaya. Nak signature pon malas, secocet je dia sign. haha. Kutuk buah hati sekali sekala apa ada hal, ye tak ? :P




7. Gadget
Wah!!! hadiah yang nie paling ditunggu oleh lelaki. Kalau dia pakai handphone 3310, korang upgrade lah handpone yang si dia pakai. Kalau kau tahu si dia aim ipad dan kau mampu, so tak salah kalau kau memenuhi impian si dia. Pasti si dia suka :) Ataupon gadget lain seperti mp4, ps3 atau laptop misalnya? Tapi for me memang tak mampu la kan nak beli gadget mahal-mahal tu untuk buah hati. Tapi kalau aku mampu sekalipon aku tak beli jugak gadget mahal-mahal untuk dia sebab dia bukannya suka pon. Handset dia yang mahal-mahal sume dia campak masuk dalam air. Last-last handset cokia jugak dia pakainya. Bagi dia asal boleh call orang sudah. huhu.




8. Aksesori
Kalau bab aksesori nie luas. Banyak benda korang boleh bagi contoh kalau si dia sukakan fotografi, kau boleh belikan lens ataupon yang berkaitan dengan kamera. Kalau si dia sukakan komik boleh belikan si dia kartun ataupon gundam. Ataupon kalau si dia kaki bola boleh belikan kasut bola sebagai hadiah. sweet kan? Buah hati aku tu memang kaki bola tapi tak de maknanya nak bagi dia hadiah kasut bola sebab kasut bola dia dah melambak. Membazir je aku beli karang tak pakai jugak.




9. Majlis hari jadi
Perasan tak lelaki jenis tak kisah kalau tak celebrate hari jadi mereka? So apa kata bila tiba hari jadi mereka kita buat suprise party untuk mereka. Pasti mereka teruja dan terharu. Hmm maybe bila dah kahwin nanti la baru uolls buat suprise party untuk si buah hati uolls. hehe.




10. DIY birthday card
Haaa DIY birthday card memerlukan kreativiti kita. So u olss boleh jer google untuk cari idea membuat birthday card untuk mereka. Pasti mereka rasa lebih dihargai kerana kita sanggup membuat sendiri dari membeli. :P




11. Kasih sayang
Yang nie lebih besar dari 10 kat atas. Kasih sayang yang mereka perlukan dari kita melebihi dari kebendaan. Pada mereka memadai sekiranya kita sayang mereka dan itu merupakan hadiah paling besar untuk mereka. Ye yang ni aku setuju. Kadang tu aku pernah jugak tak bagi apa-apa masa birthday dia, just ucapan je yang mampu aku berikan. Si dia memang tak kisah pon sebenarnya tapi kita orang pompuan je yang over-over sikit kan. huhu.




Susah sebenarnya nak cari hadiah untuk lelaki. Tapi untuk perempuan paling senang nak cari. Dan ini pon diakui sendiri oleh kaum lelaki kan? So kesimpulannya kenalpasti lah keinginan dan kehendak pasangan atau lelaki itu untuk memudahkan kita mencari hadiah yang sesuai untuk mereka.


P/S : Tinggal 23 hari je lagi birthday si dia ni.
Agak2,hadiah apa aku nk bagi yea....ce TEKA..


TADAA!!!dh berbulan baru nak update pe presentnya???mcm ni la ghupanya..(nanti kita tukar2 yea bang)lurve you!!!





kidnap entry dari MISS AJUERA STORY


Sunday 5 February 2012

SEGMEN SALAM PERKENALAN


Sempena dengan hari yang mulia ni,marilah kita berkenalan sesama blogger sekalian. Sebenarnya,miera pon 'new' x berapa NEW  lg ni..x reti la,bab2 update setting2 semua ni.. Kalau nk suh wat entry post je tau, tu pon entry pasal 'bisnes'.

jom follow my aktiviti, n jom SUPPORT gak Miss Banu ni punya SEGMEN..mcm mn miera tau, miera tgk pd slh satu fren list ada wat segmen miss banu,so miera kata,pe salah kalo join gak ni.

"kata nak jadi blogger tegar"
tapi suh komen,follow n semua2 tu malas,mcm mn nih.any advise utk miera tingkatkan traffic n pengikut2 setia..

Wednesday 1 February 2012

Cara Cepat Nak Naik kan traffic anda!

Cara Cepat Nak Naik kan traffic anda!

haaa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah.

Cara nya begini:
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.



PERATURAN!!!
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie...
4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….

Selamat mencuba!!!


***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/cara-cepat-nak-naik-kan-traffic-anda.html#ixzz1l7tml4jd

Saturday 21 January 2012

MAAFKAN ABANG SAYANG!!!

Ali (bukan nama sebenar), mula berubah apabila melalui satu tahap kemuncak dalam hidupnya.
Ali tidak mahu lagi menjadi orang yang kempis poketnya (kurang berduit dan kuasa beli yang lemah).
Segalanya bermula apabila dia bersama isterinya pergi ke satu kompleks beli belah.

Kata Ali kepada isterinya, “Sayang, mari kita balik.”

Katanya selepas selesai membeli satu barang yang telah dirancang.

Isterinya membalas, “Sekejap abang, saya mahu lihat ini.” Sambil dia melihat-lihat pakej penjagaan diri wanita yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Naluri wanita sukakan sesuatu yang sesuai dengan fitrah mereka.

“Saya hanya mahu lihat sahaja”, kata isterinya bagi menenangkan suaminya. Dirinya tahu status kewangan suaminya yang sedang kritikal.

Ali hanya terpaku diam. Matanya hampir bergenang dengan air mata melihat isterinya yang hanya mampu melihat barang itu. Tabah sekali isterinya kerana masih mampu tersenyum walaupun dirinya tahu barang itu tidak akan dibawa balik ke rumah….

Bermula saat itu, Ali tekad untuk bekerja kuat. Baginya, memenuhi keperluan isterinya adalah satu ibadah yang terpuji.

Dalam hati Ali berkata tegas, “Ini tidak akan berlaku lagi!”
Hakikat….
Wanita, jika mereka berkata “TIDAK MENGAPA”, “Tidak Mahu” dan seumpamanya, tetapi hati halus mereka itu berkata “MAHU”. Apalah nilai wang berbanding kudrat penat lelah mereka mengurus rumah, suami dan anak-anak. Menghadiahkan mereka sesuatu yang mereka perlukan, adalah tanda penghargaan kita kepada mereka.
Mereka adalah anugerah Tuhan yang perlu dijaga

Thursday 19 January 2012

KESIHATAN = PELABURAN JANGKA PANJANG

Hye uolls,

Ramai antara kita yang akan melaburkan wangnya di pelaburan yang memberi manfaat seperti pelaburan ASB atau pelaburan emas. Mereka mahukan manfaat darinya. Kumpul harta banyak-banyak untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Ini dilihat sebagai pelaburan yang diketahui dan boleh nampak hasilnya.






Bagaimana dengan kesihatan kita? Adakah kita senang untuk berulang alik ke klinik atau hospital? Lebih senang untuk mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan dan membeli ubat-ubatan? Mengapa tidak melaburkan wang itu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semua maklum bahawa orang Melayu tak berapa rajin nak pergi gym, makanan orang Melayu pula lebih kepada lemak bersantan, dan juga berminyak.





Tidak ramai yang mampu untuk menukar selera bersantan dan berminyak itu kepada rebus dan kukus. Tak menyelerakan katanya. Ok, fine. Kalau tak boleh nak tukar, apa kata labur sedikit wang anda itu untuk membeli ALPHA LIPID yang boleh membantu untuk memerangkap lemak yang berlebihan di dalam badan tu (ini contoh ya). Dah kata tak mahu tukar selera. Tapi bila dicadangkan supaya beli suplemen, dia melenting. Tapi bila dicadang suruh tukar gaya hidup, dia mengamuk.... Manusia manusia....







Apa-apa pun, berbalik pada diri sendiri. Di mana kedudukan anda. Adakah anda telah melakukan sesuatu untuk memperoleh kesihatan yang optimum? Adakah gaya hidup anda ibarat menyerahkan diri di tali gantung? Terpulang. Itu adalah anda, bukan saya!







PERBELANJAAN BULANAN VS GAJI

Hi uolss,

MYRA nak tanye, brp gaji uolss skang? Soalan sensitif kan tapi yg sbenarnya MYRA nak ajak uolss fikirkan about masa depan uolss .. Ramai ker yang gaji RM 5,000-RM 8,000 .. Maybe ade yang gaji macam ni tapi MAJORITY gaji masih RM3,000-RM5,000 .. btul tak?? Even MYRA pun dalam kategori ni ..

So jom buat kira2 .. Setiap bulan berapa standard expenses kita??
Expenses tetap:
Rumah (maybe share ngan hubby) 600 (area KL ni rumah flat sahaja)
Kereta 500 (utk Myvi je)
Credit card (mostly memang ade) 200 (yeke 200 jer??)
Insurans 150 (untuk kita jer ke? Anak??)
Nursery 250 (kalau anak seorg)
Parents 200 (bagi tak?)
Minyak kereta 300 (ni klau tak jalan2 la kan)
Duit belanja kat office 300 (klau xmkn kat tempat mahal la)
Bil telefon 100 (jgn mimpi, now 3G)
Tol (confirm lalu kan) 100 (cukup ker??)
Bil2 lain ( astro, broadband la etc) 100 (lebih kan??)

Expenses yg boleh di-adjust:
Barang sendiri 200 (takkan tak shopping sikit pun)
Barang2 anak (susu and pampers wajib) 200
Barang dapur 300
Tengok Wayang / Jalan2 100 (macam tipu jer .. hehe) _________________ 3600.00



Ok .. RM3600.00 tu ialah based on expenses yang sangat2 minimum .. cube u oulss tgk balik part bayar rumah , kereta, bil telefon, barang sendiri, duit belanje, lunch .. hello .. RM300 lunch kat warung je tau (warung kat office MYRA skali makan lunch dlm RM7) .. tapi nape MYRA nampak ramainyeeeee kt Delicious, Chillies, Tony Romas, Ben’s or paling common Secret Recipe, Old Town, Pizza Hut .. Seriouslyy cukup tak RM300.00 sebulan?? Satu meal at least RM 25++ ..

Shopping lak, RM200 cukup ker? Untuk diri sendiri jerk ke? anak2 pulak? Orang skang klau beli baju nak Zara, Topshop, skincare lak SK2, Sheseido .. even anak2 zaman skang pakai Guess @ Gap tau .. cukup RM200 per month?

What about yang ade 2,3 anak .. and ade yang dah sekolah or university .. takkan RM200 je kan .. klau anak kecik plak, pampers jer dah RM200 per month .. klau yg dah skolah, confirm ade tuition kan .. Yg MYRA tulis kt atas utk satu anak je .. uolss rasa cukup ke RM200??

Savings camne plak? Are they in expenses tetap or adjust expenses ..Untuk yg income lebih 5k maybe ade surplus .. tapi untuk income 3k ke bawah?? Berape lama uolss akan bertahan dgn situasi ini .. nak tunggu kenaikan gaji tahunan? Banyak ke? Banyak kenaikan harga brg MYRA rasa .. tapi kenape ramaaaai yang kate…

I DAH HIDUP SELESA…I SELESA NGAN KEADAAN SEKARANG…ALHAMDULILLAH…SEMUANYA CUKUP…

Hmmmmm .. untuk sedapkan hati sendiri kah? Cube kite renungkannn ..

Dulu MYRA sendiri memang tercari2 peluang nak cari side income .. Mana tahan gaji tak cukup kan .. Alhamdulillah jumpe biznes ni .. mudah jer .. since leader2 akan guide & bantu kita .. Even first month lagi MYRA dah merasa side income lg byk atau sama jumlah dgn gaji .. uolss pun boleh .. MYRA bleh share caranya .. best tau ade side income yang banyak .. kite nak buat ape pun boleh .. hehe

Cube kita fikir .. yang mana kite nak? Kerja 8-10 jam earn about 3k – 5k per month .. masa ngan family pun kurang ; OR Kerja 2 – 4 jam sehari and in less than 2 years earn RM50k per month??Masa dgn family banyak, duit pun banyak ..

Leader2 MYRA dah buktikan in 4 months their monthly income from range RM60k - RM180k per month .. Impressive kan? so kita follow jer langkah mereka ..

It’s your call whether u still wanna stay like what u are now or just do a little bit of changes in your life .. The clock is ticking ..Start now or NEVER!!!

Contact MYRA to book your appointment today!
Mobile: 017-3352584

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat