Pages

Tuesday 19 June 2012

UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda ~ Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh. Pernahkah Anda mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang Anda terlihat kelibat atau lintasan bayangan orang di tengah malam, suara pelik memanggil ketika berseorangan, bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya? Hal ini berkemungkinan berlaku kerana Anda tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Memang tidak dinafikan, bilangan Jin itu sendiri sudah melebihi bilangan manusia, cuma Allah membataskan daya penglihatan manusia daripada melihatnya. Namun tidak hairanlah jika ada jin tinggal dalam rumah, tetapi bagaimana pula keadaannya jika jin tinggal di dalam badan manusia? Mungkin akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Admin sarankan jangan lakukan berseorangan, mana la tahu kan tiba-tiba berlaku kompilasi jin meronta-ronta di dalam badan dalam keadaan Anda sendiri tidak sedar.

Langkah 1

Mainkan audio Ayat-ayat RUQYAH SYARIAH (Ayat-ayat penyembuhan yang Syari) di bawah ini dan dengar sehingga tamat (panjangnya 20 minit) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


ATAU



Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Kepada Anda yang sudah menjalankan ujian ini atas diri Anda sendiri, mohon kongsi pengalaman dan apa yang dapat anda rasakan sepanjang menjalani ujian tersebut.

EHSAN INFO DARI BLOG : http://www.islamictazkirah.com/tips-dan-kaedah/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda

TIPS cara di hindar dari di gigit jin http://www.youtube.com/watch?v=tfREkevuqV0&feature=related

Saturday 9 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam sabtu yang hening ni....sj jenjalan tgk blog ENCIK SUAMI..terjumpa la satu segmen yang amat menarik perhatian miera la kan..memandangkan follower blog miera skrg 20 je..so,elok bebenar la miera join segmen macam nih..Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500..  Yang mana Miss z muncul lagi dengan segmen yang baru :)..Kali ini miss z nak cari blogger yang mempunyai follower bawah 500 orang [semasa korang nampak segmen ini]. Lebih tak di terima walaupun 500. Yang tak dapat join, miss z dh inform awal-awal, korang blogwalkinglah kat blog peserta yang join ^^







Syarat-syarat :- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik]
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini
- Buat entri bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower anda
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :)
- hantar link entri anda ke ruangan komen
Link entri BUKAN link BLOG
hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi

 

Monday 4 June 2012

KENAPA MIERA MEMILIH GALAXY NOTE???

Pernahkah anda mengeluh membawa laptop yang berat dan membebankan? Ditambah lagi bila anda perlu memeriksa email yang penting di tempat awam.! Tentu menyusahkan dan memenatkan bukan!
 
Produk terbaru  dari Samsung yang di akui memang terbaik membuatkan semua orang teruja untuk memilikinya. Miera pun merasa  teruja untuk memiliki dan  mencuba Samsung Galaxy Note ni. 
Kalau korang nak tau apakah kelebihan memiliki Samsung Galaxy Note ini korang kenalah baca info ini sehingga habis yer.

Kalau korang sukakan musik, suka mengambil gambar, suka buat panggilan dan suka mencatatkan setiap apa yang berlaku macam blogger korang mesti beli Samsung Galaxy Note ini tau.
Inilah semua kriteria yang ada di gadget ini. Bestkan.




Antara ciri-ciri yang terbaik yang terdapat pada Samsung Galaxy Note yang sekarang menjadi impian akak  ialah  :
  • Kelajuan tinggi dengan 1.4GHz Dual-Core Processor disertakan dengan  Android 2.3 Gingerbread
  • Paparan yang  menakjubkan dengan 5.3" HD Super Amoled.
  • Boleh mencatat maklumat dengan lebih mudah dengan adanya S Pen Stylus.
  • Kamera beresolusi 8.0MP(Belakang) dan 2MP (Hadapan)
  • Storan dalaman bersaiz 16GB dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB MicroSD
            + S PEN (Advanced Smart Pen) MENAMBAH SERI SAMSUNG GALAXY NOTE

Dengan Samsung Galaxy Note ni juga boleh menjadi sebagai buku nota anda untuk menulis nota, menyusun jadual  dan aktiviti dengan applikasi perancang dan and juga boleh bermain games yang tidak terkira banyaknya. 

                                                               
CUKUP NIPIS 9.65MM
Ia juga mempunyai spesifikasi sebagai telefon pintar dan juga tablet yang berprestasi tinggi. Kebanyakan spesifikasi yang terdapat di tablet juga terdapat di smartphone ini, jadi tidak perlu membawa terlalu banyak gadjet kerana smartphone ni merangkumi semua yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
 
Hermmm korang dah tau kan kat mana nak dapatkan Samsung Galaxy Note ini. Jadi jomlah kita  pegi ramai-ramai untuk mencuba dan merasai pengalaman menggunakan Samsung Galaxy Note yang canggih ini sendiri. 
Bila korang dah tertarik korang boleh memilikinya dan tentu korang merasa bangga bila dah ada Samsung Galaxy Note ini kan.

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat