Pages

Monday 22 October 2012

Resepi Ayam Bakar/Panggang lada hitam

Hye uolls,

Cubalah..anda akan lagi cepat kurus camni..heheh..semua ada..protein, vitamin..mineral



BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih ( saya letak 1 labu bawang putih )
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak/ sayuran/ zaitun
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar daun rosemary kering ( jika suka )

Cara penyediaan :

1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, daun rosemary hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .

** sedap dimakan bersama sos pencicah, sos nasi ayam atau sos halia.

ENTRY DI COPY DARI : POTRET KASIH

Sunday 21 October 2012

Resepi Ayam Masak Kerutuk



Memang nampak sedap ayam kerutuk ni… sesuai dengan selera miera... kalo dapat makan dengan nasi time panas2kan sedap giler...oppss..jaga2 diet uolls..hihih

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam ( potong2 dan dibersihkan)
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik ( tak letak )
Bahan tumis
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara Penyediaan :

1. Potong Ayam. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan ayam dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
9. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
10. Siap untuk dihidang.

ENTRY SUMBER DARI POTRET KASIH.

Resepi Udang galah goreng bercili

Godek2 jumpa blog ni..makanan dia punya la nampak menyelerakan...less carbs...
Wah banyak yang boleh kita makan sebenarnya...kenapa memilih untuk tidak makan?????? Rugi2...

So SMART DIET dengan Alpha Lipid SD2...(rasanya sedap..)..(Tak sampai seminggu dah turun 2kg??)
(5 hari diet turun 3kg??)Tak mustahil dengan produk terbaru dari New Image ni..


BAHAN-BAHANNYA :
  • 500 g Udang Galah ( di bersihkan )
  • 1 labu bawang besar ( dipotong dan di tumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 1/2 inci halia ( ditumbuk )
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng dan menumis
  • daun ketumbar
  • buah tomato ( dipotong 6 )
  • serbuk perasa secukupnya ( optional )

Cara Penyediaan :

1. Udang galah di goreng seketika dalam minyak yang telah di panaskan.
2. Setelah kulitnya bertukar warna dan masak, angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk serta cili kisar bersama 2 sudu minyak hingga wangi dan kering airnya.
4. Masukkan serai dan cili sos, garam, gula, perasa dan sedikit air.
5. Bila telah mendidih masukkan Udang galah yang telah digoreng, tomato dan daun ketumbar.
6. Sedia untuk di hidangkan.



ENTRY DI AMBIL DARI : POTRET KASIH

Thursday 4 October 2012

Dr Rozmey digantung Majlis Perubatan tidak mahu rayu





Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang juga pengeluar formula menurunkan berat badan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.- Foto Bernama

JITRA - Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.

"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.

Semalam, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Jan lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.

Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.

Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.

Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).- Bernama

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat