Pages

Sunday 4 September 2011

Menu Makanan Dalam Pantang

Menu Makanan Dalam Pantang

Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung
(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
1) Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.
2) Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.


Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya :
1) Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
2) Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
3) Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
4) Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.


Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Rendang Peria

Bahan:
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Masak bersama kesemua bahan kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Makanan Ibu Dalam Pantang - Petua Orang Dulu-Dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.


Ulam-Ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis Sayuran Dan Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

 
Jenis Ayam Dan Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayamselasih yang dijaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Saturday 3 September 2011

Ceriter utk Species SUAMI

Cerita best nii..baca sampai habis....

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan.. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke umah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas sambil anak dari sekolah.. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur..... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan.. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu..... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini
bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk.... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami.....Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat