Pages

Sunday 4 September 2011

Menu Makanan Dalam Pantang

Menu Makanan Dalam Pantang

Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung
(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
1) Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.
2) Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.


Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya :
1) Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
2) Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
3) Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
4) Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.


Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Rendang Peria

Bahan:
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Masak bersama kesemua bahan kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat