Pages

Saturday 21 January 2012

MAAFKAN ABANG SAYANG!!!

Ali (bukan nama sebenar), mula berubah apabila melalui satu tahap kemuncak dalam hidupnya.
Ali tidak mahu lagi menjadi orang yang kempis poketnya (kurang berduit dan kuasa beli yang lemah).
Segalanya bermula apabila dia bersama isterinya pergi ke satu kompleks beli belah.

Kata Ali kepada isterinya, “Sayang, mari kita balik.”

Katanya selepas selesai membeli satu barang yang telah dirancang.

Isterinya membalas, “Sekejap abang, saya mahu lihat ini.” Sambil dia melihat-lihat pakej penjagaan diri wanita yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Naluri wanita sukakan sesuatu yang sesuai dengan fitrah mereka.

“Saya hanya mahu lihat sahaja”, kata isterinya bagi menenangkan suaminya. Dirinya tahu status kewangan suaminya yang sedang kritikal.

Ali hanya terpaku diam. Matanya hampir bergenang dengan air mata melihat isterinya yang hanya mampu melihat barang itu. Tabah sekali isterinya kerana masih mampu tersenyum walaupun dirinya tahu barang itu tidak akan dibawa balik ke rumah….

Bermula saat itu, Ali tekad untuk bekerja kuat. Baginya, memenuhi keperluan isterinya adalah satu ibadah yang terpuji.

Dalam hati Ali berkata tegas, “Ini tidak akan berlaku lagi!”
Hakikat….
Wanita, jika mereka berkata “TIDAK MENGAPA”, “Tidak Mahu” dan seumpamanya, tetapi hati halus mereka itu berkata “MAHU”. Apalah nilai wang berbanding kudrat penat lelah mereka mengurus rumah, suami dan anak-anak. Menghadiahkan mereka sesuatu yang mereka perlukan, adalah tanda penghargaan kita kepada mereka.
Mereka adalah anugerah Tuhan yang perlu dijaga

No comments:

Post a Comment

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat