Pages

Saturday, 21 January 2012

MAAFKAN ABANG SAYANG!!!

Ali (bukan nama sebenar), mula berubah apabila melalui satu tahap kemuncak dalam hidupnya.
Ali tidak mahu lagi menjadi orang yang kempis poketnya (kurang berduit dan kuasa beli yang lemah).
Segalanya bermula apabila dia bersama isterinya pergi ke satu kompleks beli belah.

Kata Ali kepada isterinya, “Sayang, mari kita balik.”

Katanya selepas selesai membeli satu barang yang telah dirancang.

Isterinya membalas, “Sekejap abang, saya mahu lihat ini.” Sambil dia melihat-lihat pakej penjagaan diri wanita yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Naluri wanita sukakan sesuatu yang sesuai dengan fitrah mereka.

“Saya hanya mahu lihat sahaja”, kata isterinya bagi menenangkan suaminya. Dirinya tahu status kewangan suaminya yang sedang kritikal.

Ali hanya terpaku diam. Matanya hampir bergenang dengan air mata melihat isterinya yang hanya mampu melihat barang itu. Tabah sekali isterinya kerana masih mampu tersenyum walaupun dirinya tahu barang itu tidak akan dibawa balik ke rumah….

Bermula saat itu, Ali tekad untuk bekerja kuat. Baginya, memenuhi keperluan isterinya adalah satu ibadah yang terpuji.

Dalam hati Ali berkata tegas, “Ini tidak akan berlaku lagi!”
Hakikat….
Wanita, jika mereka berkata “TIDAK MENGAPA”, “Tidak Mahu” dan seumpamanya, tetapi hati halus mereka itu berkata “MAHU”. Apalah nilai wang berbanding kudrat penat lelah mereka mengurus rumah, suami dan anak-anak. Menghadiahkan mereka sesuatu yang mereka perlukan, adalah tanda penghargaan kita kepada mereka.
Mereka adalah anugerah Tuhan yang perlu dijaga

Thursday, 19 January 2012

KESIHATAN = PELABURAN JANGKA PANJANG

Hye uolls,

Ramai antara kita yang akan melaburkan wangnya di pelaburan yang memberi manfaat seperti pelaburan ASB atau pelaburan emas. Mereka mahukan manfaat darinya. Kumpul harta banyak-banyak untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Ini dilihat sebagai pelaburan yang diketahui dan boleh nampak hasilnya.






Bagaimana dengan kesihatan kita? Adakah kita senang untuk berulang alik ke klinik atau hospital? Lebih senang untuk mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan dan membeli ubat-ubatan? Mengapa tidak melaburkan wang itu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semua maklum bahawa orang Melayu tak berapa rajin nak pergi gym, makanan orang Melayu pula lebih kepada lemak bersantan, dan juga berminyak.





Tidak ramai yang mampu untuk menukar selera bersantan dan berminyak itu kepada rebus dan kukus. Tak menyelerakan katanya. Ok, fine. Kalau tak boleh nak tukar, apa kata labur sedikit wang anda itu untuk membeli ALPHA LIPID yang boleh membantu untuk memerangkap lemak yang berlebihan di dalam badan tu (ini contoh ya). Dah kata tak mahu tukar selera. Tapi bila dicadangkan supaya beli suplemen, dia melenting. Tapi bila dicadang suruh tukar gaya hidup, dia mengamuk.... Manusia manusia....







Apa-apa pun, berbalik pada diri sendiri. Di mana kedudukan anda. Adakah anda telah melakukan sesuatu untuk memperoleh kesihatan yang optimum? Adakah gaya hidup anda ibarat menyerahkan diri di tali gantung? Terpulang. Itu adalah anda, bukan saya!







PERBELANJAAN BULANAN VS GAJI

Hi uolss,

MYRA nak tanye, brp gaji uolss skang? Soalan sensitif kan tapi yg sbenarnya MYRA nak ajak uolss fikirkan about masa depan uolss .. Ramai ker yang gaji RM 5,000-RM 8,000 .. Maybe ade yang gaji macam ni tapi MAJORITY gaji masih RM3,000-RM5,000 .. btul tak?? Even MYRA pun dalam kategori ni ..

So jom buat kira2 .. Setiap bulan berapa standard expenses kita??
Expenses tetap:
Rumah (maybe share ngan hubby) 600 (area KL ni rumah flat sahaja)
Kereta 500 (utk Myvi je)
Credit card (mostly memang ade) 200 (yeke 200 jer??)
Insurans 150 (untuk kita jer ke? Anak??)
Nursery 250 (kalau anak seorg)
Parents 200 (bagi tak?)
Minyak kereta 300 (ni klau tak jalan2 la kan)
Duit belanja kat office 300 (klau xmkn kat tempat mahal la)
Bil telefon 100 (jgn mimpi, now 3G)
Tol (confirm lalu kan) 100 (cukup ker??)
Bil2 lain ( astro, broadband la etc) 100 (lebih kan??)

Expenses yg boleh di-adjust:
Barang sendiri 200 (takkan tak shopping sikit pun)
Barang2 anak (susu and pampers wajib) 200
Barang dapur 300
Tengok Wayang / Jalan2 100 (macam tipu jer .. hehe) _________________ 3600.00



Ok .. RM3600.00 tu ialah based on expenses yang sangat2 minimum .. cube u oulss tgk balik part bayar rumah , kereta, bil telefon, barang sendiri, duit belanje, lunch .. hello .. RM300 lunch kat warung je tau (warung kat office MYRA skali makan lunch dlm RM7) .. tapi nape MYRA nampak ramainyeeeee kt Delicious, Chillies, Tony Romas, Ben’s or paling common Secret Recipe, Old Town, Pizza Hut .. Seriouslyy cukup tak RM300.00 sebulan?? Satu meal at least RM 25++ ..

Shopping lak, RM200 cukup ker? Untuk diri sendiri jerk ke? anak2 pulak? Orang skang klau beli baju nak Zara, Topshop, skincare lak SK2, Sheseido .. even anak2 zaman skang pakai Guess @ Gap tau .. cukup RM200 per month?

What about yang ade 2,3 anak .. and ade yang dah sekolah or university .. takkan RM200 je kan .. klau anak kecik plak, pampers jer dah RM200 per month .. klau yg dah skolah, confirm ade tuition kan .. Yg MYRA tulis kt atas utk satu anak je .. uolss rasa cukup ke RM200??

Savings camne plak? Are they in expenses tetap or adjust expenses ..Untuk yg income lebih 5k maybe ade surplus .. tapi untuk income 3k ke bawah?? Berape lama uolss akan bertahan dgn situasi ini .. nak tunggu kenaikan gaji tahunan? Banyak ke? Banyak kenaikan harga brg MYRA rasa .. tapi kenape ramaaaai yang kate…

I DAH HIDUP SELESA…I SELESA NGAN KEADAAN SEKARANG…ALHAMDULILLAH…SEMUANYA CUKUP…

Hmmmmm .. untuk sedapkan hati sendiri kah? Cube kite renungkannn ..

Dulu MYRA sendiri memang tercari2 peluang nak cari side income .. Mana tahan gaji tak cukup kan .. Alhamdulillah jumpe biznes ni .. mudah jer .. since leader2 akan guide & bantu kita .. Even first month lagi MYRA dah merasa side income lg byk atau sama jumlah dgn gaji .. uolss pun boleh .. MYRA bleh share caranya .. best tau ade side income yang banyak .. kite nak buat ape pun boleh .. hehe

Cube kita fikir .. yang mana kite nak? Kerja 8-10 jam earn about 3k – 5k per month .. masa ngan family pun kurang ; OR Kerja 2 – 4 jam sehari and in less than 2 years earn RM50k per month??Masa dgn family banyak, duit pun banyak ..

Leader2 MYRA dah buktikan in 4 months their monthly income from range RM60k - RM180k per month .. Impressive kan? so kita follow jer langkah mereka ..

It’s your call whether u still wanna stay like what u are now or just do a little bit of changes in your life .. The clock is ticking ..Start now or NEVER!!!

Contact MYRA to book your appointment today!
Mobile: 017-3352584

Sunday, 4 September 2011

Menu Makanan Dalam Pantang

Menu Makanan Dalam Pantang

Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung
(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
1) Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.
2) Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.


Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya :
1) Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
2) Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
3) Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
4) Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.


Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Rendang Peria

Bahan:
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Masak bersama kesemua bahan kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Makanan Ibu Dalam Pantang - Petua Orang Dulu-Dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.


Ulam-Ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis Sayuran Dan Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

 
Jenis Ayam Dan Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayamselasih yang dijaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Ping Busuk

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to mamakhalisshoppe Design with love by CikBulat